14 August, 2011

sekadar berkongsi(sharing)


hai Shallom!
hai,kawan-kawan yang seiman dengan saya, saya terbitkan perkongsian saya ini kerana hanya untuk berkongsi Pengalaman Iman dan Peyembuhan yang saya alami sewaktu mengikuti SYD2 di Ranau ogos 2008. masa saya mengikuti SYD2 ini,masa tu saya baru kahwin. baru 2 bulan...saya kahwin dalam bulan 6 masa tu..sebelum perkahwinan pun saya sudah mempersiapkan diri saya,melengkapkan diri saya dengan bimbingan Rohani bersama SR Maria Magdelina d Pece Bane(Purak Papar).tujuannya supaya lebih bersikap terbuka dan mendapat bimbingan dari segi Kerohanian untuk membentuk sebuah Keluarga..banyaklah kesedaran yang saya dapat dan terima dan akui..sebelum itu pun..terlalu banyak rintangan,cubaan dan dugaan serta halangan yang saya tempuhi...sebab saya berada d 2 simpang masa tu..samada nak teruskan perkahwinan atau menyahut panggilan Tuhan...banyangkan hanya menghitung hari sahaja tarikh perkahwinan saya saya mempunyai perasaan begitu...tapi memang sebelumnya saya salah seorang Belia yang selalu menjadi wakil dari kuk..ke Pusat Paroki dan memang sudah rapat dan sebati dengan team Belia Pusat dan mana-mana anjuran dan mesyuarat saya akan ada sehingga mengikuti Pelancaran SYD2 d keningau..dan SYD2 bahagian Zon 2 kawasan Paroki St.Valentine saya mengetuai kontijen Koir dan penerimaan SalibSYD2 yang berlangsung di St.Thomas Takuli..saya berkata jujur dari lubuk hati saya memang saya tidak pernah miss dalam apa jua aktiviti.kegiatan Belia Kuk maupun Pusat..dan saya merasakan saya amat  mencintai Yesus dan tiada yang lain..tapi setelah mengadakan Bimbingan Rohani dr Sr.Maria magdelina saya merasa terbimbing dan tahu sudah apa perasaan itu..tapi saya tidak mampu untuk mementingkan diri sendiri..kerana persiapan perkahwinan sudah dibuat..hanya 4hari sahaja lagi untuk berkahwin...dan akhirnya saya memilih untuk berkahwin..sehingga ke hari ini..saya sudah mendapat seorang anak lelaki..dan saya masih berusaha untuk selalu mencintai suami saya...samapai sekarang ni pun kami belum pernah gaduh2 yang keterlaluanlah...gaduh2 manja adalah..dan saya berdoa selalu kepada Tuhan supaya selalu menambahkan Cinta kasih saya kepada keluarga saya ini.
berbalik kepada SYD2 di Ranau saya masih tetap mengikuti SYD2 ini walaupun sudah berkahwin..dan bila sampai hari ke 4 pagi2 saya rasa pening dan macam sejuk badan saya sakit kepala sangat2..sebelum tu pun adik saya dan yang lain pun kena serangan selesma di sana tapi diorang sudah bagus lepas tu saya pula yg kena...doi..matilah ni kali ni...lepastu..Sr.Rita dan rakan yg lain tolong rawat saya bagi ubat..ambilkan makanan...saya paksa ja menghadiri semua aktiviti yg berlangsung..begegar lagi badan saya...masuk hari yang ke5 hari terakhir SYD2.dalam hati kecil saya berdoa kepada Tuhan begini doa saya "Tuhan tolonglah Tuhan sembuhkanlah aku dari sakit ini tolong Tuhan janganlah aku sakit sekarang kerana masih banyak lagi aktiviti yang saya ikuti,tolonglah Tuhan berikan aku mukjizat dan keajaibanMu Tuhan..aku tidak tahan sudah sakit ini...aku tidak mau sakit masa sekarang tolong Tuhan tolong Tuhan..." doa ini saya doakan Misa Kudus pagi pada hari terakhir Syd2..masa saya berdoa tu upacara doa Bapa Kami..masa saya berdoa tu yang dihujung sekali saya ucapkan tu..saya tertidur....masa tu kami semua duduk saja..tiba2 mata saya terbuka luas..mata segar terus..saya tanya adik saya yg disebelah duduk dekat saya "lamakah saya tidur"adik saya jawab tidaklah..pada hal masa tertidur tu saya rasa lama betul....siok betul saya tidur bukan baringlah tapi duduk tidur..ai..dalam hati saya..hairan juga..saya bilang..bila masa semua kami berdiri saya pun berdiri, sakit saya tiada sudah,saya boleh berdiri dengan cergas aggresif sudah..saya bersyukur sangat kepada Tuhan saya percaya dia telah menyentuh saya..100% tiada keraguan lagi..bila kami semua sudah keluar dari Gereja tu adik saya pun hairan kenapa saya tiba2 aktif dan cergas...kawan2,Sr.Rita pun hairan..saya pun hairan...saya terpegun seketika..dan saya kongsikan ini dengan mereka lepas tu...dan sudah tiba malam terakhir malam konsert dan pementasan wah..terlonjak2 bah menari,memuji Tuhan dan saya ambil kesempatan melepasakan semua tenaga saya untuk ucapan terima kasih saya kepada Tuhan...kawan yg lain tegur..tengok c nita melompat-lompat,semua ketawa tengok saya kegirangan..mentang2 sihat sudahlah..diorang cakap..tapi malam tu memang happy endinglah semua, terutama saya kerana sudah dapat penyembuhan. bukan itu sahaja tapi banyak yang saya dapat memlalui SYD2 ini..susah sudah mau cari..sebab sekarang sudah berkahwin lepas ni lain lagi karakter Pelayanan..tapi Tuhan sentiasa di hati saya.nah SYD3 tahun depan jadi kepada kawan2 yang mengikuti SYD3 ini jan sia-siakan peluang yang ada..belajarlah berkomunikasi diantara satu dengan yang lain. matang Iman dengan banyakkan bergaul..ambil point2 setiap ceramah dan aktiviti yang ada..dan kongsikanlah kepada kawan2 anda yang tidak dapat mengikuti SYD3 ini.kio..Tuhan memberkati kita semua.Amen.ini saja Sharing saya yg mungkin paling Indah saya rasa..selama saya jadi Belia...Praise the Lord. selagi kita masih Belia jadikan Kebeliaan kamu tu dengan sebaik-baiknya. kerana belia itu Indah bilah kita rasakannya bersama di dalam Pelayanan Tuhan.